V'Kings Community

This forum is created by NOLANE for the V'Kings MC community.
 
HomeGalleryPortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Forum Baru: http://forum.v-kings.com/
Sat Oct 18, 2008 6:27 am by Admin

» Kuala Lumpur Bike Week '08
Sat Oct 18, 2008 12:49 am by amd_v535

» SAMBUTAN RUMAH TERBUKA MUAR BIKERS
Fri Oct 17, 2008 1:34 pm by nolane

» V'kings Sembang-Sembang
Fri Oct 17, 2008 1:24 pm by nolane

» KENKAWAN DAH UPGREADE MOTOT
Fri Oct 17, 2008 1:22 pm by nolane

» RIDE KE PENANG AMBIL CBX HASIM SABTU INI..
Wed Oct 15, 2008 6:14 pm by EvilPenguin

» BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.
Wed Oct 15, 2008 3:46 pm by nolane

» Forum Baru: http://forum.v-kings.com/
Tue Oct 14, 2008 8:23 pm by Admin

» OPEN HOUSE
Tue Oct 14, 2008 12:21 pm by a w o i

» Helmet kura-kura diharamkan
Sat Oct 11, 2008 7:34 am by Nabil

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum

Share | 
 

 BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Tue Oct 07, 2008 11:04 am

SILA POSTKAN BERITA-BERITA MENARIK KAT SINI UNTUK TATAPAN SEMUA. HARUS DIINGATKAN.... SEBARANG CERITA YG BERUNSUR POLITIK DAN RACIAL ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN PIHAK ADMIN AKAN TERUS MENDELETE SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG UNSUR2 TERSEBUT.
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Tue Oct 07, 2008 11:06 am

Peringatan buat yg selalu skodeng orang mandi tu.... lol!

Penceroboh pangsapuri Nasha jalani hukuman

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 6 Okt. – Ahli perniagaan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom (gambar) yang dihukum penjara enam bulan kerana menceroboh dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz, terpaksa menjalani hukuman di penjara mulai hari ini setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 30 April 2004 dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk James Foong dan Datuk K.N. Segara berpuas hati bahawa Majistret Ida Hanani Abdul Karim telah memutuskan kes itu secara adil walaupun beliau dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara ketika perbicaraan berlangsung.

Hakim Zaki ketika menyampaikan keputusan itu turut menyatakan: ‘‘Ahmad Bakhtiar telah memusnahkan kehidupan peribadi orang lain, dia (Nasha Aziz) seorang yang dikenali ramai. Cuba letak diri anda dalam situasi yang dihadapinya?”

Ahmad Bakhtiar, 31, didapati bersalah terhadap tuduhan menceroboh masuk ke pangsapuri milik bapanya yang disewa Nasha atau nama sebenarnya Noraisha A. Aziz dengan niat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Dia juga dihukum penjara enam bulan setelah didapati bersalah memasang kamera litar tertutup dengan niat untuk mengintip artis itu bagi memalukan serta menjatuhkan maruahnya.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pangsapuri B2-3, Shahzan Court, Jalan Nipah persimpangan Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara April dan Julai 2003.

Penyelia pejabat penyenggaraan di Shahzan Court itu sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara rayuannya selesai.

Terdahulu, peguam Jagjit Singh yang mewakili Ahmad Bakhtiar mengemukakan persoalan undang-undang sama ada Majistret Ida Hanani yang ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara mempunyai bidang kuasa untuk kembali ke Mahkamah Majistret bagi menyambung pendengaran kes pendakwaan sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Sehubungan itu, peguam bela tersebut memohon supaya perbicaraan semula diadakan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin berhujah, majistret berkenaan bukan ditukarkan sebagai timbalan pendakwa raya sebaliknya sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Unit Penggubalan.

‘‘Jadi tidak timbul alasan bahawa beliau mempunyai akses kepada kertas siasatan yang memungkinkan berlakunya prosiding perbicaraan yang berat sebelah,” ujar beliau.

Noorin turut menghujahkan, Ahmad Bakhtiar satu-satunya individu yang boleh dikaitkan dengan kes itu kerana dia mempunyai akses ke pangsapuri Nasha melalui kunci pendua yang disimpannya.

Selain itu, hujah pendakwa raya, siasatan menemui wayar CCTV dari pangsapuri Nasha disambung ke pangsapuri lelaki itu (didakwanya sebagai pejabat operasi penyenggaraan) yang mana semua kegiatan harian pelakon itu direkodkan.

Noorin turut berhujah, kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Bakhtiar serius kerana Nasha merupakan seorang model serta pelakon terkenal dan peristiwa itu telah memberi kesan buruk kepadanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Tue Oct 07, 2008 1:21 pm

tengok dah.. Twisted Evil
Back to top Go down
View user profile
zuan
roadkill
roadkill


Number of posts : 117
Registration date : 05/09/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Tue Oct 07, 2008 5:09 pm

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081007091413/Article/index_html

Percepat laluan khas
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Pembinaan laluan khas untuk motosikal berkuasa kurang daripada 250cc di jalan negeri dan persekutuan akan dipercepatkan bagi mencapai sasaran pengurangan 85 peratus kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata Kementerian Pengangkutan sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya untuk menyegerakan pembinaan laluan khas motosikal berkenaan.

“Kami ada persefahaman, malah perbincangan sudah diadakan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mempercepatkan pembinaan laluan khas motosikal, (bagaimanapun) ia tertakluk kepada peruntukan kerajaan.

“Sasaran kami untuk mengurangkan 85 peratus kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dalam jangka masa panjang.


“Kalau ada laluan khas yang hanya boleh dilalui motosikal kecil, mereka akan dilindungi kerana penunggang dan pembonceng motosikal dikategorikan sebagai pengguna jalan raya yang paling terdedah bahaya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Suret berkata, pembinaan laluan khas itu membabitkan perbelanjaan RM485 juta seperti yang diumumkan Kementerian Kerja Raya, sebelum ini.

Menurutnya, pembinaan akan dimulakan di laluan jalan negeri dan persekutuan yang mempunyai jumlah motosikal yang besar.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati pembinaan laluan khas motosikal bukan saja mengurangkan kadar kemalangan, tetapi pelaburannya mampu memberikan pulangan besar.

Katanya, kerjasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menempatkan pegawai masing-masing di terminal bas ekspres mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan bas ekspres.

“Usaha yang kini sudah berlangsung lebih setahun menampakkan hasil dengan kemalangan dan kes kemalangan maut membabitkan bas ekspres menurun dengan kadar ketara iaitu antara 30 hingga 40 peratus, manakala kadar kemalangan membabitkan kematian sangat minimum,”
katanya.

yg ni baru la ok cheers
Back to top Go down
View user profile
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 08, 2008 1:34 pm

Mata wang utama Asia jadi mangsa krisis di AS
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my





Bank pusat, pelabur global bertindak sokong nilai dolar

MATA wang utama Asia termasuk ringgit menjadi mangsa aktiviti menyokong nilai dolar Amerika Syarikat (AS) oleh bank pusat dan pelabur institusi utama global bagi mengelak kejatuhan teruk nilai rizab antarabangsa dan pelaburan mereka susulan pelaksanaan pakej menyelamat AS bernilai AS$700 bilion serta kegiatan spekulasi berikutan jangkaan pertumbuhan perlahan ekonomi Asia kesan krisis kewangan AS.

Paling teruk terjejas adalah mata wang Korea apabila nilai won jatuh 4.7 peratus kepada 1,364.05 bagi satu dolar AS, paras terendah dalam tempoh tujuh tahun.

Mata wang rupee India mencatat penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut semalam apabila susut sehingga 0.7 peratus kepada 48.14 berbanding dolar AS, terendah sejak Disember 2002 sebelum pulih sedikit menjelang penutup ke paras 48.08 berbanding dolar AS.



Mata wang baht Thailand pula mencatat penurunan hari kelimanya apabila susut 0.2 peratus kepada 34.46 berbanding dolar AS.

Ringgit juga tidak terkecuali menjejaki aliran menurun mata wang utama Asia apabila jatuh bagi hari keempat berturut-turut semalam apabila ia susut 0.1 peratus lagi kepada RM3.489 bagi satu dolar AS.

Paras itu adalah yang terendah dalam tempoh 13 bulan. Nilai mata wang tempatan itu menurun enam peratus daripada RM3.289 berbanding dolar AS pada awal tahun ini.

Ringgit yang dibuka rendah semalam, susut mendadak ke paras terendah RM3.5078 berbanding dolar AS, sebelum pulih sedikit menjelang penutup.

Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata penarikan keluar modal asing daripada rantau ini bagi menyokong dolar AS adalah punca utama penurunan nilai mata wang Asia.

"Pelaksanaan pakej menyelamat AS$700 bilion oleh AS, sepatutnya menyebabkan nilai dolar AS susut berbanding mata wang utama global lain, tetapi perkara itu tidak berlaku, kerana sebilangan bank pusat utama global khususnya Eropah dan Jepun serta pelabur institusi menarik keluar pelaburan dari seluruh dunia untuk menampung kejatuhan mata wang itu," katanya.

Tindakan itu, katanya, bagi menghalang penyusutan berterusan nilai dolar AS kerana ia dikhuatiri akan mengheret sistem kewangan negara lain ke dalam kegawatan.

"Dolar AS adalah mata wang rizab antarabangsa. Jika dolar AS 'tumbang', maka ia akan mengheret banyak negara lain yang memiliki aset berasaskan dolar seperti Eropah, Jepun dan China ke dalam masalah kewangan.

"Sementara itu, kebanyakan bank pusat utama global ketika ini memiliki rizab yang besar dalam mata wang dolar AS. Ini menyebabkan mereka terus mempertahankan mata wang itu meskipun langkah itu dijangka tidak akan bertahan lama," katanya.

Ketua Ahli Ekonomi, CIMB Investment Bank Bhd, Lee Heng Guie, pula berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di Asia, menyebabkan aliran keluar modal asing dari rantau ini.

"Penarik keluar modal dibuat kerana ada jangkaan bahawa krisis kewangan AS akan berpanjangan dan belum ada tanda ia akan berakhir, sekali gus menyebabkan prospek pertumbuhan negara Asia menjadi lebih malap daripada sebelumnya," katanya.

jadi mangsa lagi kite ye...sabarjelah.
Back to top Go down
View user profile
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 08, 2008 1:41 pm

ADUS!!!!!!!! HARAP2 HARGA MOTO PUN JATUH LA JUGAK SEIRING DENGAN KEJATUHAN MATAWANG TUH....
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
EvilPenguin
prospect
prospect


Number of posts : 17
Age : 37
Location : PJ
Registration date : 30/09/2008

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 08, 2008 4:55 pm

Bro...10 thn lepas time ekonomi S.E. Asia di-soros-kan, takde pun jauh rege moto. Razz
Back to top Go down
View user profile
zuan
roadkill
roadkill


Number of posts : 117
Registration date : 05/09/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 08, 2008 5:41 pm

harga makin naik lagi ada la kot? bukan leh caya kedai2 ni :p
Back to top Go down
View user profile
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 08, 2008 5:42 pm

EvilPenguin wrote:
Bro...10 thn lepas time ekonomi S.E. Asia di-soros-kan, takde pun jauh rege moto. Razz

permainannya camni bro.... matawang jatuh..... ekonomi down.... orang tak mampu pakai / maintain big bike.... penawaran akan melebihi permintaan.... then harga pun akan turun la kan. Rasanya 10 years back harley sipuster tu leh dapat dalam belas ribu je..... so bottom line is simpan duit cepat2 nanti leh beli moto lain lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
lee VKings@Lanun troopers
roadkill
roadkill


Number of posts : 345
Location : SIR DUNK,,,,ATAS TANAH BAWAH LANGIT
Registration date : 19/09/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Thu Oct 09, 2008 10:30 am

nolane wrote:
EvilPenguin wrote:
Bro...10 thn lepas time ekonomi S.E. Asia di-soros-kan, takde pun jauh rege moto. Razz

permainannya camni bro.... matawang jatuh..... ekonomi down.... orang tak mampu pakai / maintain big bike.... penawaran akan melebihi permintaan.... then harga pun akan turun la kan. Rasanya 10 years back harley sipuster tu leh dapat dalam belas ribu je..... so bottom line is simpan duit cepat2 nanti leh beli moto lain lol! lol! lol!


YEEEEEUUPP.... BETU..BETUL..BETUL..... AKU SETUJUUUUU..... lol! nyalan
Back to top Go down
View user profile
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Thu Oct 09, 2008 1:41 pm

Asas ekonomi, kewangan rantau Asean kekal kukuh


MENTERI Kewangan Asean semalam menegaskan, kedudukan asas ekonomi dan kewangan rantau ini kekal kukuh di sebalik krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah.

"Kami menyatakan keyakinan penuh mengenai kekukuhan ekonomi dan kewangan negara anggota Asean, dan keupayaan rantau ini untuk berdepan dengan masalah pasaran kewangan global," kata kumpulan 10 negara anggota itu dalam kenyataannya di Singapura.

Pertubuhan Negara Asia Tenggara (Asean) itu mengeluarkan kenyataan berkenaan dari Dubai, di mana mereka sedang mengadakan seminar untuk menarik kemasukan modal dari negara Teluk.



Menteri Asean berkata, asas ekonomi rantau ini kekal mantap dan penyusunan semula secara menyeluruh sudah pun dilaksanakan sejak krisis kewangan 1997-98 melanda rantau itu.

"Permodalan institusi perbankan dan kewangan yang kukuh di rantau Asean, nisbah pinjaman-kepada-aset yang rendah dalam pembiayaan gadai janji dan pendedahan langsung yang terhad terhadap krisis di Amerika serta pasaran kredit lain yang menerima kesannya, membentuk kekuatan dalam persekitaran semasa," kata menteri Asean dalam kenyataan itu.

"Kekuatan itu juga akan memastikan sistem kewangan serantau yang menjadi pengantara, terus berjalan dengan cekap," kata mereka.

Kenyataan itu menegaskan, sebuah Pejabat Pemantau Makroekonomi dan Kewangan akan ditubuhkan di Jakarta bagi merangsang kestabilan kewangan serantau dan memacu integrasi serantau.
Back to top Go down
View user profile
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Thu Oct 09, 2008 1:49 pm

Guru nyaris diculik 10 lelaki
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mencemaskan apabila seorang guru wanita nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan 10 lelaki bermotosikal dipercayai Mat Rempit yang menyamunnya di tempat meletak kenderaan berhampiran Taman Bukit Mewah, Cheras di sini, semalam.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira jam 2.25 pagi, mangsa yang berusia 20 tahun bersama dua rakan berjalan menuju keretanya untuk pulang ke rumah selepas minum di restoran berhampiran.

Katanya, mereka kemudian dihampiri sekumpulan penunggang motosikal lalu memukul mangsa dan rakan sebelum memasuki kereta.

“Seorang suspek cuba menarik beg tangan mangsa, namun cubaannya itu gagal sebelum lelaki terbabit bertindak agresif dengan menarik pula tangan guru itu.






“Wanita itu diseret hampir 10 meter oleh Mat Rempit terbabit sebelum berjaya melepaskan diri,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Sumber itu berkata, dua rakan yang melihat kejadian itu membantu mangsa dengan menarik tangannya supaya dilepaskan suspek.

“Disebabkan dia tidak berjaya ditarik ke motosikal dipercayai untuk diculik, kumpulan Mar Rempit terbabit merampas beg tangan guru itu dan melarikan diri,” katanya.

Selepas insiden mencemaskan itu, guru berkenaan dan rakan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

Namun, mereka sekali lagi menghadapi saat mendebarkan apabila kumpulan Mat Rempit terbabit muncul ketika mangsa membuat pusingan U di jalan berkenaan.

Penjenayah terbabit dipercayai sengaja bersembunyi sambil menunggu kedatangan mangsa dalam usaha mereka meneruskan niat menyamun mereka.

“Kumpulan bermotosikal itu dipercayai tidak puas hati terhadap mangsa dan mengepung keretanya.

“Rakan mangsa yang memandu kenderaan itu melanggar dua motosikal suspek sebelum semua penyangak terbabit beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, mangsa lebam di leher, tangan kiri serta kedua-dua lutut akibat bergelut dengan penyerangnya manakala dua rakan luka kecil di tapak tangan.

Guru berkenaan sudah membuat laporan polis.
Back to top Go down
View user profile
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Thu Oct 09, 2008 1:52 pm

Warga emas rancak berbual maut dirempuh


RAUB: Saat sekumpulan warga emas yang rancak bersembang di sebuah hentian bas bertukar detik mengerikan apabila seorang daripada mereka maut akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 343, Jalan Raub-Lipis, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, Jaafar Gani, 57, dari Kampung Gali Hilir, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata sebelum kejadian itu mangsa bersama sekumpulan rakan lain sedang bersembang di hentian bas berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika rancak bersembang sebuah kereta dipandu seorang lelaki, Mohd Safuan Hamzah, 28, yang dalam perjalanan ke Jeruas, dekat sini, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kumpulan warga emas terbabit.






Menurutnya, pemandu terbabit yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di kanan jalan.


Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan parah di kepala manakala rakannya yang lain sempat menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Polis menahan pemandu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Back to top Go down
View user profile
Nabil
marshall
marshall


Number of posts : 74
Age : 30
Location : ampunk
Registration date : 04/06/2008

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 12:57 am

nolane wrote:
Peringatan buat yg selalu skodeng orang mandi tu.... lol!

Penceroboh pangsapuri Nasha jalani hukuman

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 6 Okt. – Ahli perniagaan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom (gambar) yang dihukum penjara enam bulan kerana menceroboh dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz, terpaksa menjalani hukuman di penjara mulai hari ini setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 30 April 2004 dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk James Foong dan Datuk K.N. Segara berpuas hati bahawa Majistret Ida Hanani Abdul Karim telah memutuskan kes itu secara adil walaupun beliau dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara ketika perbicaraan berlangsung.

Hakim Zaki ketika menyampaikan keputusan itu turut menyatakan: ‘‘Ahmad Bakhtiar telah memusnahkan kehidupan peribadi orang lain, dia (Nasha Aziz) seorang yang dikenali ramai. Cuba letak diri anda dalam situasi yang dihadapinya?”

Ahmad Bakhtiar, 31, didapati bersalah terhadap tuduhan menceroboh masuk ke pangsapuri milik bapanya yang disewa Nasha atau nama sebenarnya Noraisha A. Aziz dengan niat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Dia juga dihukum penjara enam bulan setelah didapati bersalah memasang kamera litar tertutup dengan niat untuk mengintip artis itu bagi memalukan serta menjatuhkan maruahnya.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pangsapuri B2-3, Shahzan Court, Jalan Nipah persimpangan Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara April dan Julai 2003.

Penyelia pejabat penyenggaraan di Shahzan Court itu sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara rayuannya selesai.

Terdahulu, peguam Jagjit Singh yang mewakili Ahmad Bakhtiar mengemukakan persoalan undang-undang sama ada Majistret Ida Hanani yang ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara mempunyai bidang kuasa untuk kembali ke Mahkamah Majistret bagi menyambung pendengaran kes pendakwaan sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Sehubungan itu, peguam bela tersebut memohon supaya perbicaraan semula diadakan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin berhujah, majistret berkenaan bukan ditukarkan sebagai timbalan pendakwa raya sebaliknya sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Unit Penggubalan.

‘‘Jadi tidak timbul alasan bahawa beliau mempunyai akses kepada kertas siasatan yang memungkinkan berlakunya prosiding perbicaraan yang berat sebelah,” ujar beliau.

Noorin turut menghujahkan, Ahmad Bakhtiar satu-satunya individu yang boleh dikaitkan dengan kes itu kerana dia mempunyai akses ke pangsapuri Nasha melalui kunci pendua yang disimpannya.

Selain itu, hujah pendakwa raya, siasatan menemui wayar CCTV dari pangsapuri Nasha disambung ke pangsapuri lelaki itu (didakwanya sebagai pejabat operasi penyenggaraan) yang mana semua kegiatan harian pelakon itu direkodkan.

Noorin turut berhujah, kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Bakhtiar serius kerana Nasha merupakan seorang model serta pelakon terkenal dan peristiwa itu telah memberi kesan buruk kepadanya.



dgn ini saya dan awek saya nasha akan membuat kenduri doa kesyukuran serta open houz..jempot2 laa dtg yea
Back to top Go down
View user profile
lee VKings@Lanun troopers
roadkill
roadkill


Number of posts : 345
Location : SIR DUNK,,,,ATAS TANAH BAWAH LANGIT
Registration date : 19/09/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 10:33 am

weiii... nabilah aka busung... lu nyer avatar comel la...sejibik mcm cipmunks nakal...kekekekekek Razz
Back to top Go down
View user profile
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 10:37 am

Bulk23 wrote:
Warga emas rancak berbual maut dirempuh


RAUB: Saat sekumpulan warga emas yang rancak bersembang di sebuah hentian bas bertukar detik mengerikan apabila seorang daripada mereka maut akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 343, Jalan Raub-Lipis, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, Jaafar Gani, 57, dari Kampung Gali Hilir, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata sebelum kejadian itu mangsa bersama sekumpulan rakan lain sedang bersembang di hentian bas berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika rancak bersembang sebuah kereta dipandu seorang lelaki, Mohd Safuan Hamzah, 28, yang dalam perjalanan ke Jeruas, dekat sini, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kumpulan warga emas terbabit.






Menurutnya, pemandu terbabit yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di kanan jalan.


Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan parah di kepala manakala rakannya yang lain sempat menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Polis menahan pemandu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


safwan.... len kali bawak kete pelan2 sket.... sian kat orang2 tua yg melepak tu weh......
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 11:34 am

ni kene nasihat kat Ujang ni...warga emas tak elok sembang rancak sangat kat tepi jalan...dengar lagu rancak takpe.... lol!
Back to top Go down
View user profile
ujang6009
hell blazer
hell blazer


Number of posts : 712
Location : Di mAnA aKu riDe, Di SiTulAh tMpTku
Registration date : 15/11/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 11:38 am

Bulk23 wrote:
ni kene nasihat kat Ujang ni...warga emas tak elok sembang rancak sangat kat tepi jalan...dengar lagu rancak takpe.... lol!


tayar depan motot aku nih dah lama tak lenyek kepala lutut orang nih...!!
Basketball Basketball Basketball
Back to top Go down
View user profile http://www.nursyahdu.com
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 11:43 am

Penyamun ucap selamat raya



KUALA LUMPUR: Sepasang remaja yang asyik memadu kasih di tepi sebuah tasik terkedu apabila didatangi dua lelaki bermotosikal dikenali Geng Raya yang mengacukan sebilah parang dalam satu kejadian, dekat Sentul, baru-baru ini.

Pasangan kekasih berusia 20-an itu baru pulang bersiar-siar di bandar raya sebelum singgah di lokasi kejadian untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian jam 3 pagi itu, dia bersama teman wanitanya sedang berbual-bual sebelum didatangi dua lelaki yang berpura-pura mahu meminjam pemetik api.

“Namun, sebaik pemetik api dikembalikan, kedua suspek terus mengeluarkan sebilah parang panjang dan mengugut saya dan teman wanita menyerahkan barangan berharga.






“Memikirkan kawasan itu agak tersorok daripada laluan orang ramai dan bimbang dicederakan kami terpaksa menyerahkan beberapa barangan termasuk dompet, telefon bimbit termasuk barang kemas yang dipakai teman wanita saya,” katanya.


Sebaik berpuas hati dengan hasil rompakan, kedua-dua suspek meninggalkan mangsa yang masih ketakutan, malah sempat mengucapkan selamat hari raya kepada mangsa.

“Penyamun itu sempat memberikan ucapan selamat hari raya dan terima kasih kerana memberikan ‘duit raya’ kepada mereka, malah ketawa berdekah-dekah berikutan anggaran hasil samun itu mencecah hampir RM2,000,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Harian Metro difahamkan kawasan tasik itu sebelum ini dijadikan tempat lepak kumpulan Mat Rempit, namun gejala itu kian berkurangan berikutan tindakan pemaju membina pagar dan pos kawalan di laluan masuk ke tasik itu.

Malah, kedudukannya yang agak tersorok daripada jalan utama dipercayai menjadi faktor ramai pasangan kekasih menjadikan lokasi itu tempat memadu asmara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata orang ramai diingatkan agar tidak berada di kawasan yang sunyi dan tersorok sekali gus berpotensi menjadi sasaran penjenayah.


ape ke jadahnye sembang pepagi bute kat tasik...tempat tersorok lak tu...kate je beromen...kan senang

p/s:bawak balik rumah lagik best.
Back to top Go down
View user profile
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 11:50 am

Mat Afrika cabul nenek
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu menempuh saat paling menakutkan apabila hampir menjadi mangsa nafsu buas seorang lelaki warga Afrika ketika pulang daripada bekerja.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, Fatimah Ahmad, 50, dipeluk dari belakang sebelum diraba ‘Awang Afrika’ terbabit yang bertubuh dua kali ganda lebih besar daripadanya.

Menurut Fatimah, kejadian berlaku ketika dia baru pulang daripada kerja dengan menaiki komuter dari Stesen KL Sentral di sini.

“Sebaik tiba di Stesen Komuter Kepong Sentral, saya berjalan bersendirian menuju perhentian bas di seberang stesen berkenaan.


“Ketika melintasi jejantas berhampiran, saya langsung tidak perasaan kemunculan lelaki warga Afrika terbabit yang mengekori saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Terkejut dengan tindakan Awang Afrika terbabit yang secara tiba-tiba memeluknya dengan kuat dari belakang, Fatimah meronta-ronta ketakutan sambil menjerit meminta pertolongan.

“Jerutan kuat itu menyebabkan saya sesak nafas dan tidak dapat melepaskan diri walaupun cuba menolak lelaki terbabit.

“Pada masa sama lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menekup mulut dan hidung saya dengan tangannya bertujuan membuat saya sesak nafas serta pengsan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan cemas itu, dia cuba membebaskan dirinya kerana mengesyaki niat lelaki terbabit untuk merogolnya.

“Lebih malang kerana saya tidak dapat menjerit bagi mendapatkan bantuan berikutan cengkaman tapak tangan lelaki berkenaan bertambah kuat.

“Namun, saya dapat memijak kaki lelaki itu menggunakan kasut tumit tinggi yang saya pakai,” katanya.

Tindakan itu menyebabkan lelaki Afrika itu kesakitan sebelum melonggarkan pelukan terhadap tubuhnya.

“Peluang itu saya gunakan untuk menggigit jari tangan kirinya yang masih menutup mulut saya. Lelaki terbabit yang kesakitan kemudian melepaskan tangannya.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong menyebabkan lelaki terbabit panik,” katanya yang bekerja sebagai penyelia pembersihan di pusat beli-belah.

Dia yang menyangkakan lelaki Afrika itu akan melarikan diri sebaliknya tergamam apabila ditampar pendatang asing terbabit.

“Tamparan kuat berkenaan mengenai tepat mata kanan saya mengakibatkan mata saya cedera. Pada masa sama lelaki Afrika yang berusia 30-an itu melarikan diri.

“Saya yang kesakitan pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kepong pada malam kejadian,” katanya.

Kejadian berkenaan menyebabkan dia trauma sehingga kini selain terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Saya yakin lelaki terbabit sememangnya berniat mahu memperkosa saya berikutan kawasan terbabit agak gelap selain berdekatan dengan semak,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan dia kini takut untuk menaiki komuter ke tempat kerja dan terpaksa dihantar dan dijemput suaminya.

Fatimah berkata, apa yang dikesalkan tiada seorangpun kakitangan stesen berkenaan di lokasi ketika kejadian walaupun waktu perkhidmatan komuter belum tamat.

“Keadaan di sekitar stesen itu agak gelap, malah tiada langsung pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan penumpang yang turun di stesen berkenaan,” katanya.

p/s: Ujang...jangan pi kat tempat gelap waktu malam..karang kene rogol dek Mat Afrika nanti... Laughing
Back to top Go down
View user profile
safwan
roadkill
roadkill


Number of posts : 233
Location : kg kapten kapal
Registration date : 13/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 11:58 am

safuan lain tuh..yang main bola..tak cayer meh check perut yamseng yamseng
Back to top Go down
View user profile
ujang6009
hell blazer
hell blazer


Number of posts : 712
Location : Di mAnA aKu riDe, Di SiTulAh tMpTku
Registration date : 15/11/2007

PostSubject: BMW R 1200 R - Model touring serba boleh   Fri Oct 10, 2008 12:28 pm

BMW Motorrad masih meneruskan tradisi mereka dalam pengeluaran motosikal kelas Roadster mempersembahkan model yang kini menjadi tonggak kejayaan kepada model asal R 1150 R.

Menerusi penjualan R 1150 R dan R850 R yang mencatat sehingga 60,000 unit sejak tahun 2001, sememangnya wujud permintaan yang tinggi terhadap motosikal dalam rekaan klasik.

Ia menggabungkan karekter unik bersama gaya elegan yang tidak lapuk di telan zaman.

Kualiti keseluruhan Roadster ini telah menyumbang kejayaan yang besar kepada jenis motosikal seperti ini di pasaran. Ia akan di perhebatkan lagi dengan kemunculan model R1200 R serba baru.

Model ini pula menggabungkan banyak ciri hebat yang baru tanpa menjejaskan konsep sedia ada pada model asal dan penggabungan standard yang tinggi menjadikan ia sebuah model touring serba boleh.



Enjin 1200cc ini berkemampuan 80kW/109hp dan jauh melebihi kemampuan enjin lama dengan lebihan kuasa sebanyak 28 peratus. Unit enjin leper berkembar ini didatangkan dengan peringkat yang sedia ada pada model R 1200 RT. Posisi penyejuk pelincirnya kini diperbaiki dengan meletakkannya di belakang fork hadapan.

Seksyen belakang pada tiub bulat spaceframe kini telah diperbaharui untuk roadster ini. Ia membantu memberikan bahagian belakang keseluruhan yang lebih ringan dan penampilan yang lebih kemas.

Model ini sekali gus berjaya mengurangkan berat keseluruhan motosikal ini. Berat bersih model R 1200 R ini adalah 198 kilogram (kg) atau 437 paun. Ia paling ringan dalam keluarga R keluaran BMW.

Dalam keadaan di atas jalan dengan tangki yang dipenuhi bahan api juga menjadikan jentera ini hanya 223 kg atau 492 paun. Malah, ia lebih ringan daripada kebanyakan motosikal 4 silinder dalam segmen ini di pasaran.

Dengan perkembangan teknologi yang terkini, Roadster ini telah pun memulakan standard baru terhadap pasaran dan sekali lagi menjadikan BMW sebagai peneraju dalam ciri keselamatan jalan raya. Buat pertama kali, model ini memperkenalkan ciri ABS oleh BMW Motorrad, yang mungkin akan digabungkan sebagai opsyen bersama ASC (Anti Spin Control).

Sistem TPC (Tyre Pressure Control) pula berperanan memberitahu penunggang tentang tekanan tayar yang direka sebagai ciri untuk keselamatan yang unggul.

Kesemua aksesori yang tersedia untuk model baru ini direka sejak awal. Walaupun boleh dikategorikan sebagai kompak, ia mempunyai ciri hebat seperti motosikal touring yang lebih besar.

Back to top Go down
View user profile http://www.nursyahdu.com
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 12:59 pm

cerita je tak guno jang.... kasi beli sejibiik la kalau bran..... lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
hasim_mssmkl
roadkill
roadkill


Number of posts : 162
Age : 36
Location : Chow Kit 2 Kg Baru, Key Elll....
Registration date : 26/06/2008

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 1:03 pm

Semalam kat Jalan Ampang sejibik mcm motot ni ada kat sebelah aku..alih-alih owner ajak tukar ngn Ex pai aku...ceh mana taraf motot dia ngn motot aku...motot aku penah menang sukaneka kat kampung aku acara motocross..motot dia apa ada? huhhhhh
Back to top Go down
View user profile http://www.pengadilfam@blogspot.com.my
a w o i
roadkill
roadkill


Number of posts : 148
Location : Serdang * Bangi * Subang
Registration date : 13/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 1:24 pm

[quote="hasim_mssmkl"]Semalam kat Jalan Ampang sejibik mcm motot ni ada kat sebelah aku..alih-alih owner ajak tukar ngn Ex pai aku...ceh mana taraf motot dia ngn motot aku...motot aku penah menang sukaneka kat kampung aku acara motocross..motot dia apa ada? huhhhhh[/quote

lol!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Today at 6:16 am

Back to top Go down
 
BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
V'Kings Community :: Disclaimer :: Sembang Kosong-
Jump to: