V'Kings Community

This forum is created by NOLANE for the V'Kings MC community.
 
HomeGalleryPortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Forum Baru: http://forum.v-kings.com/
Sat Oct 18, 2008 6:27 am by Admin

» Kuala Lumpur Bike Week '08
Sat Oct 18, 2008 12:49 am by amd_v535

» SAMBUTAN RUMAH TERBUKA MUAR BIKERS
Fri Oct 17, 2008 1:34 pm by nolane

» V'kings Sembang-Sembang
Fri Oct 17, 2008 1:24 pm by nolane

» KENKAWAN DAH UPGREADE MOTOT
Fri Oct 17, 2008 1:22 pm by nolane

» RIDE KE PENANG AMBIL CBX HASIM SABTU INI..
Wed Oct 15, 2008 6:14 pm by EvilPenguin

» BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.
Wed Oct 15, 2008 3:46 pm by nolane

» Forum Baru: http://forum.v-kings.com/
Tue Oct 14, 2008 8:23 pm by Admin

» OPEN HOUSE
Tue Oct 14, 2008 12:21 pm by a w o i

» Helmet kura-kura diharamkan
Sat Oct 11, 2008 7:34 am by Nabil

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum

Share | 
 

 BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
Bulk23
roadkill
roadkill


Number of posts : 330
Age : 71
Location : Ipoh - KL - Ipoh
Registration date : 15/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 5:31 pm

ni yang aku marah kat si Jang nihs...apesal letak gambar aku tengah wheelie moto BMW tu...segan aku kat orang kampung je.. Razz
Back to top Go down
View user profile
ujang6009
hell blazer
hell blazer


Number of posts : 712
Location : Di mAnA aKu riDe, Di SiTulAh tMpTku
Registration date : 15/11/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 5:34 pm

Nama pun BMW.. 'Banyak Menggunakan Wang' (BMW).. hiiii.. taknaklaa aku.. duit bukannya ada wang pung...
Back to top Go down
View user profile http://www.nursyahdu.com
Nabil
marshall
marshall


Number of posts : 74
Age : 30
Location : ampunk
Registration date : 04/06/2008

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 7:01 pm

lee VKings@Lanun troopers wrote:
weiii... nabilah aka busung... lu nyer avatar comel la...sejibik mcm cipmunks nakal...kekekekekek Razz


gua mmg sememangnya chumel
jgn jeles
Back to top Go down
View user profile
ujang6009
hell blazer
hell blazer


Number of posts : 712
Location : Di mAnA aKu riDe, Di SiTulAh tMpTku
Registration date : 15/11/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 7:10 pm

Nabil wrote:
lee VKings@Lanun troopers wrote:
weiii... nabilah aka busung... lu nyer avatar comel la...sejibik mcm cipmunks nakal...kekekekekek Razz


gua mmg sememangnya chumel
jgn jeles


Ko tu kene ingat Nabil, ko tu klon kpd safwan atau dgn ertikata lain 'safwan junior'...
Back to top Go down
View user profile http://www.nursyahdu.com
Nabil
marshall
marshall


Number of posts : 74
Age : 30
Location : ampunk
Registration date : 04/06/2008

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Fri Oct 10, 2008 7:39 pm

ujang6009 wrote:
Nabil wrote:
lee VKings@Lanun troopers wrote:
weiii... nabilah aka busung... lu nyer avatar comel la...sejibik mcm cipmunks nakal...kekekekekek Razz


gua mmg sememangnya chumel
jgn jeles


Ko tu kene ingat Nabil, ko tu klon kpd safwan atau dgn ertikata lain 'safwan junior'...


asl plukkkkkkkk....
wa maner ader klon...klon
wa ori maaa
ni chenpeng punya maaa
Back to top Go down
View user profile
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 15, 2008 3:37 pm

Petrol turun 15 sen


PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel dikurangkan antara 10 sen hingga 20 sen berkuatkuasa hari ini.

Bagi petrol RON92, ia dikurangkan 10 sen menjadikannya harganya kini RM2.20 seliter berbanding RM2.30 seliter, harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, manakala diesel pula dikurangkan 20 sen seliter kepada RM2.20 seliter berbanding RM2.40 sebelum ini.

Itu penurunan kali ketiga yang dilakukan kerajaan selepas menurunkan harga petrol dan diesel pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan orang ramai menikmatinya lebih awal.


“Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,” katanya.

Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, ketika dihubungi, berkata penurunan harga petrol dan diesel perlu dilakukan secara beransur-ansur bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan.

“Keputusan pelarasan harga bahan api itu dibuat di luar Kabinet bagi mempercepatkan proses penurunan harga, sekali gus memberi faedah kepada rakyat dan mengurangkan kesan terhadap pengusaha stesen minyak,” katanya.

“Ini kali pertama ia diputuskan Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; dan saya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,” katanya.

Shahrir berkata, tidak ada sebab pengusaha stesen minyak akan menanggung kerugian besar akibat penurunan harga petrol dan diesel itu berikutan mereka sudah dimaklumkan supaya tidak mengambil bekalan baru hingga hari ini.

“Kita sudah memastikan mereka tidak mengalami kerugian besar,” katanya.

Sebelum ini, pengusaha stesen minyak mendakwa menanggung kerugian besar setiap kali kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel pada awal bulan kerana bekalan baru perlu diambil sebelum setiap hujung bulan.
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
nolane
Admin
Admin


Number of posts : 353
Age : 30
Location : Old Klang Road
Registration date : 12/08/2007

PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Wed Oct 15, 2008 3:46 pm

Superman mati ditikam di dada


KLANG: Watak Superman dalam filem superhero hanya mampu dimusnahkan ‘kryptonite’, tetapi berlainan pula dengan seorang lelaki yang mempunyai nama sama adiwira berkenaan apabila dia mati selepas ditikam dua kali di dada di Taman Chi Liung di sini, malam kelmarin.

Superman Awang, 24, pula baru saja dibebaskan dari Penjara Taiping, Perak, pada hari sama kejadian dan kematiannya di lokasi berkenaan menimbulkan misteri kerana dia sebelum ini dipenjarakan selepas menyamun tiga warga asing di lokasi berhampiran empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata lelaki terbabit berkemungkinan berasal sama ada dari Sabah atau Sarawak dan ditemui mati oleh penduduk di taman berkenaan.

“Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, polis dimaklumkan seorang penduduk bahawa seorang lelaki dalam keadaan berdarah terbaring di hadapan kediamannya.


“Sepasukan anggota bergegas ke sana dan mendapati dia sudah mati dengan dua kesan tikaman di dada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Klang di sini, semalam.

Menurut Mohamad, polis hanya menemui salinan kad pengenalan lelaki terbabit sebelum memperoleh maklumat mangsa adalah bekas banduan selepas berhubung dengan Penjara Taiping.

Superman dikatakan dipenjarakan tiga tahun lapan bulan atas kesalahan menyamun tiga pekerja asing warga Myanmar berhampiran lokasi dia ditemui mati, kelmarin.

“Polis sedang menyiasat mengapa Superman ada di situ selepas dibebaskan dari penjara dan setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.


ps : sape kata Malaysia takde Superman... kui kui kui.... lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile http://www.lanunbikerz.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.   Today at 8:45 am

Back to top Go down
 
BERITA HARI INI / TODAY'S NEWS.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
V'Kings Community :: Disclaimer :: Sembang Kosong-
Jump to: